Your Ad Here






   

<< November 2014 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Thursday, October 02, 2014
Fadilat Ayatul Kursi

1.      Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istiqamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

2.     Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

3.       Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

4.       Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

5.       Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

6.       Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

7.       Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

8.       Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

9.       Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

10.   Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

 

Posted at Thursday, October 02, 2014 by seridewi
Make a comment  

Thursday, September 11, 2014
I am back!

Tiba-tiba teringat my blog. Lalu ku jenguk..Rupa-rupanya banyak comment dari teman-teman yang tidak ku kenali.Maafkan aku kerana tidak mengemaskini blog ini. Insya Allah jika ada bahan cerita pasti akan dikongsikan lagi didalam blog ini.

Posted at Thursday, September 11, 2014 by seridewi
Make a comment  

Friday, January 02, 2009
HARI ASYURA

12 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan Rabu, 07 Januari, 2009 )

1.
Melapangkan masa / belanja anak-isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan Fakir Miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan Marah
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan Orang Sesat
Fadhilat Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
Lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala!"

9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala". Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Puasa
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Semoga Bermanfaat dan berolehi keredhaan serta keampunan daripada ALLAH S.W.T jua

 

 

Posted at Friday, January 02, 2009 by seridewi
Make a comment  

Friday, September 19, 2008
KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

  1. Daripada Anas r.a. katanya : Bersabda Nabi Muhammad S.A.W. : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat is sehari bulan Ramadhan lantas dia memuji ALHAMDULILAH (kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistemewaan nya) kemudian di bacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan di'afiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan itu.

 

  1. Kelebihan bulan Ramadhan dan keagungannya dengan adanya Malam Lailatulqadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta rahmat dan darjat tertinggi  bagi orang yang berjaga mendapatkan Malam Lailatulqadar dengan di penuhi amal ibadat dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat, istighafar, tasbih dan berzikir sepanjangnya.

 

  1. Bersabda Nabi Muhammad S.A.W : bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan ber hias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan. Pada awal bulan Ramadhan bertiup angin dibawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan lemah longlainya didalam syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani, maka berhiaslah bidari sekaliannya hingga berdirilah diatas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami daripada Allah , kata bidadari pula ; Apakah malam ini namanya? Jawab Malik Ridhwan, hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, lalu Allah berfirman : Hai Ridhwan, bukalah pintu syurga Babuljannan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad 'Alaihisalam. Hai Malik Zabaniah , tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad 'Alaihisalam., Hai Jibril, berlenggulah syaitan , lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirmanlah Allah pada tiap-tiap malam Ramadhan tiga kali : Adakah  orang yang meminta ampun? Aku akan ampunkannya!

 

4.    Pada Malam Lailatulqadar, berseru Allah taala kepada Jibril Alaihisaalam turun ke bumi lalu turunlah Jibril ke dalam perhimpunan Malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu di pacakkan di atas ka'abah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya , melainkan pada Malam Lailatulqadar baharu dibukakan keduanya sehingga sampai dari timur ke barat (masyriq ke magrib) untuk menyelamatkan umat Muhammad, lalu memberi salam kepada orang yang berjaga pada malam Lailatulqadar beribadat kerana mencari keredhaan Allah, dan orang yang duduk beribadat, orang yang sembahyang dan berzikir, dan berjabat tangan sesame mereka, melainkan empat orang yang tidak diampunkan dosanya, iaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhaka kepada kedua ibubapanya, orang yang memutus silaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudarnya lebih daripada tiga hari.    

 

5.       Apabila pada Malam akhir Ramadhan dinamakan malam persalinan. Pada pagi hariraya aidilfitri didatangkan Allah Malaikat kepada tiap-tiap negeri, turunlah mereka ke bumi, berdiri pada  permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia, berkata mereka : Hai umat Muhammad! Keluarlah kamu menghadap Tuhan yang amat Mulia (sembahyang raya dipagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan, dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ketempat sembahyang, Firman allah kepada Malaikat : Hai Malaikat ku, apakah balasan nya orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya? JawabMalaikat : Hai Tuhan kami sempurnakanlah upahnya! Firman Allah : Bahawa Aku saksikan kami hai Malaikat ku, telah aku jadikan pahala dari puasa mereka pada bulan Ramadhan, dan mereka mendirikan sembahyang , ialah keredhaanKu dan keampunanKu , pohonkanlah kamu kepadaKu , maka demi ketinggianKu dan kebesaranKu , tiada memohon kepadaKu hari ini akan sesuatu bagi agamamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu!

 

6.     Sabda Nabi S.A.W. : diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

 

a)     Bau mulutnya orang puasa lebih harum daripada harum kasturi disisi Allah .

b)     Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya  adalah syurga balasannya.

c)     Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan kepada sepuluh hingga tujuh ratus ganda, melainkan puasa maka ianya bagi Ku, Aku balas kepadanya yang berpuasa menahan syahwatnya, makan minumnya kerana Aku.

d)     Dan mereka dikurniakan nikmat, kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui Tuhan di akhirat.

 

 

7.     Sabda Nabi S.A.W. : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan  amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar salam berbuat taat kepadaNya), dan sabar itu adalah syurga balasannya . Bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambaNya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa, barangsiapa memberi makan kepada orang berpuasa, pahalanya seperti memerdekakan , dan diampunkan dosanya. Berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasulullah? Allah memberi pahala kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air. Barangsiapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan daripada kolam Haudh sejenis minuman yang tiada dahaga-dahaga lagi kemudiannya, hingga masuk ia ke syurga, dan pahalanya seperti pahala orang yang berpuasa.

 

                                   

 

                        8. Puasa menurut yang disuruh dan menjauhkan segala pantang larangannya,            diampunkan dosanya, dan bertasbih , bertahlil , dibinakan rumah yang indah di syurga.

 

          9. Barangsiapa yang hadir didalam majlis zikir pada bulan Ramadhan, ditulis pada       tiap langkahnya ibadatnya setahun, dan pada hari qiamat bersamaKu di dibawah Arasy . Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa  didirikan kota yang bercahaya indah cemerlangnya, dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredhaan suaminya , maka pahala yang besar Allah kurniakan padanya seperti Siti Mariam, dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah  kepada fakir miskin tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya.

 

 

Posted at Friday, September 19, 2008 by seridewi
Make a comment  

Monday, July 07, 2008
KELEBIHAN BULAN REJAB

Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.

01. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

02. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

03. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

04. Malam awal Rejab mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

05. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

06. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

07. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

08. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

09. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.


Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Posted at Monday, July 07, 2008 by seridewi
Make a comment  

Friday, May 02, 2008
Mawar Untuk Ibu

Seorang pria berhenti di toko bunga untuk memesan seikat karangan bunga yang akan dipaketkan pada sang ibu yang tinggal sejauh 250 km darinya. Begitu keluar dari mobilnya, ia melihat seorang gadis kecil berdiri di trotoar jalan sambil menangis tersedu-sedu. Pria itu menanyainya kenapa dan dijawab oleh gadis kecil, "Saya ingin membeli setangkai bunga mawar merah untuk ibu saya. Tapi saya cuma punya uang lima ratus saja, sedangkan harga mawar itu seribu."

Pria itu tersenyum dan berkata, "Ayo ikut, aku akan membelikanmu bunga yang kau mau." Kemudian ia membelikan gadis kecil itu setangkai mawar merah, sekaligus memesankan
karangan bunga untuk dikirimkan ke ibunya.

Ketika selesai dan hendak pulang, ia menawarkan diri untuk mengantar gadis kecil itu pulang ke rumah. Gadis kecil itu melonjak gembira, katanya, "Ya tentu saja. Maukah anda mengantarkan ke tempat ibu saya?"

Kemudian mereka berdua menuju ke tempat yang ditunjukkan gadis kecil itu, yaitu pemakaman umum, dimana lalu gadis kecil itu meletakkan bunganya pada sebuah kuburan yang masih basah.

Melihat hal ini, hati pria itu menjadi trenyuh dan teringat sesuatu. Bergegas, ia kembali menuju ke toko bunga tadi dan membatalkan kirimannya. Ia mengambil karangan bunga yang dipesannya dan mengendarai sendiri kendaraannya sejauh 250 km menuju rumah ibunya.

Kata yang paling indah dibibir umat manusia adalah kata "Ibu", dan panggilan paling indah adalah "Ibuku". Ini adalah kata yang penuh harapan dan cinta, kata manis dan baik yang keluar dari kedalaman hati.
(Kahlil Gibran)

Posted at Friday, May 02, 2008 by seridewi
Comments (2)  

Friday, March 28, 2008
Tukang Batu dan Doa Seorang Abid

Diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s pernah berjalan di sebuah desa. Di desa itu hidup seorang tukang batu. Berkatalah penghuni desa itu kepada Nabi Isa a.s: Tukang batu itu selalu menahan air, meludahinya dan mengotorinya. Maka berdoalah kepada Allah agar dia tidak membuatnya dapat pulang dari tempat mana saja dia berada. Lalu Nabi Isa a.s berdoa: Ya Allah, kirimkan seekor ular kepadanya dan janganlah engkau kembalikan dia.

    Tukang batu pergi untuk mengambil batu-batu dekat sumber mata air dan dia membawa tiga potong roti. Setelah dia berada di mata air itu, ada seorang ahli ibadah (abid) datang menghampirinya. Abid itu selalu beribadah di atas gunung di dekat mata air. Abid itu mengucapkan salam seraya berkata: Apakah ada sedikit makanan yang dapat engkau berikan padaku atau engkau memperlihatkan kepadaku sehingga aku dapat melihatnya atau mencium baunya. Kerana aku sudah tidak makan apapun sejak sekian hari.

    Diberikannya sepotong roti, maka berkatalah Abid itu: Hai tukang batu, mudah-mudahan Allah mengampuni dosamu dan membersihkan hatimu.

    Maka diberikannya roti yang kedua dan berkatalah Abid: Hai tukang batu, mudah-mudahan Allah mengampuni dosa-dosamu baik yang telah lalu atau yang datang kemudian.

    Diberikannya lagi roti yang ketiga kalinya dan berkatalah Abid: Hai tukang batu, semoga Allah membangun sebuah rumah untukmu di syurga.

    Tukang batu itu pulang ke desanya, dan para penghuni desa itu berkata kepada Nabi Isa a.s: Tukang batu itu ternyata kembali lagi.

Berkatalah Nabi Isa a.s: Panggillah dia ke sini.

    Mereka memanggil tukang batu itu dan membawanya ke hadapan Nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s berkata: Hai tukang batu, ceritakanlah padaku apa yang engkau kerjakan hari ini dari amal-amal kebaikan.

    Maka tukang batu itu menceritakan tentang air, roti yang diberikannya dan doa-doa Abid untuk dirinya. Nabi Isa a.s berkata: Bawa kemari begmu itu. Diberikannya beg itu kepada Nabi Isa dan Nabi Isa pun membukanya. Tiba-tiba dalam beg itu terdapat seekor ular hitam yang dibelenggu dengan rantai besi. Berkatalah Nabi Isa a.s: Hai ular hitam.

Tiba-tiba ular itu menjawab: Ya, wahai Nabi Allah.

Nabi Isa a.s berkata lagi: Bukankah engkau telah dikirim kepada orang ini?

Ular itu berkata: Benar, tetapi datang seorang ahli ibadah dari gunung itu, dia minta makan dan orang ini memberinya makan. Maka didoakanlah orang ini hingga tiga kali dan di sampingnya berdiri malaikat yang mengaminkan doa itu. Maka Allah mengutus malaikat dan membelengguku dengan rantai dari besi.

Berkatalah Nabi Isa a.s pada: Hai tukang batu, mulalah beramal kerana Allah telah mengampunimu dan menunjuki jalan kebaikan kepadamu.

 

Posted at Friday, March 28, 2008 by seridewi
Comment (1)  

Friday, March 07, 2008
Seekor Helang, Nabi Sulaiman dan Pemilik Pemohon

Ada seekor helang datang menghadap kepada Nabi Sulaiman a.s bin Dawud a.s. Berkatalah helang itu, Wahai Nabi Allah, ada seorang lelaki yang memiliki sebatang pohon dan aku mengerami telurku di atas pohon itu. Tetapi dia mengangkat anak-anakku, lalu dibawanya pulang.

    Nabi Sulaiman a.s memanggil lelaki pemilik pohon dan melarang perbuatan itu. Berkatalah Nabi Sulaiman a.s kepada dua syaitan: Aku memerintahkan engkau berdua, jika datang tahun depan dan lelaki itu mengambil anak dari burung ini, maka tangkaplah dia dan belahlah dia menjadi dua bahagian. Lalu lemparkan sebahagian di dunia timur dan sebahagian lagi di sebelah barat.

    Ketika datang tahun itu, pemilik pohon lupa pesan Nabi Sulaiman a.s dan dia hendak memanjat pohon. Tetapi sebelum memanjat, dia sempat bersedekah dengan sesuap makanan. Lalu diangkatnya anak burung itu dan di bawanya pulang. Burung helang datang menghadap kepada Nabi Sulaiman a.s dan melaporkan perbuatan pemilik pohon. Nabi Sulaiman a.s memanggil dua syaitan dan bermaksud menghukum kedua-duanya. Nabi Sulaiman a.s berkata: Mengapa kamu berdua tidak melaksanakan tugas yang aku perintahkan?

    Mereka menjawab: Wahai Khalifah Allah, sesungguhnya pemilik pohon ketika hendak memanjat pohon itu kami bermaksud menangkapnya. Tetapi kerana dia telah bersedekah kepada seorang lelaki muslim dengan sepotong roti, maka Allah mengutus dua malaikat dari langit, sehingga mereka menangkap kami berdua dan melemparkan kami. Seorang dari kami dilemparkan ke dunia timur dan yang lain dilempar ke dunia barat dan dihalangilah usaha kami untuk mencelakakannya disebabkan sedekahnya.

 

Posted at Friday, March 07, 2008 by seridewi
Make a comment  

Saturday, February 23, 2008
SEMBUH DARI PENYAKIT

Adul Malik bin Said, nama penuhnya ialah Abdul Malik bin Said bin Hayyan bin Abjar Al-Hamdaniy Al-Kufiy. Termasuk seorang perawi hadis yang diakui kejujurannya. Selain perawi hadis, beliau juga terkenal seorang yang pandai mengubati pelbagai jenis penyakit.

 

Suatu hari beliau didatangi oleh seorang lelaki yang menghidap suatu penyakit. Abdul Malik bin SaId meraba perut lelaki itu kemudian berkata : Engkau ada menghidap penyakit yang susah disembuhkan.

 

Mendengar keterangan Abdul Malik itu, lelaki tadi sedih kemudian pulang kerumahnya. Namun dia tidak berputus asa rahmat Allah . Dirumahnya, dia berwuduk, mengerjakan solat dua rakaat dan kemudian membaca doa yang ertinya:

 

Ya Allah , Ya Allah, Tuhanku . Tidak aku sekutukan Dia dengan sesuatu. Ya Allah sesungguhnya aku menghadap kepadaMu dengan perantaraan Nabi-Mu Muhammad Alaihisalam Nabi yang bersifat kasih sayang. Ya Muhammad  sesungguhnya aku menghadap dengan mu kepada Tuhanmu dan Tuhanku juga, semoga kiranya Dia (Allah) menyangi aku dengan kasih sayang yang ada dengan ku. Aku mengharap kasih sayang   dari Allah sebagai kasih sayang yang tidak mungkin aku dapatkan dari yang selainNya.

 

Doa itu dia bacakan tiga kali. Keesukan harinya dia pergi lagi kerumah Abdul Malik bin Said untuk memeriksakan penyakitnya. Sebaik sahaja memegang perutnya, diwajah Abdul Malik nampak tanda-tanda kehairanan. Setelah mengesannya dengan teliti, Abdul Malik berkata : Engkau sudah sembuh dan penyakitmu tidak ada lagi.    

 

  

Posted at Saturday, February 23, 2008 by seridewi
Make a comment  

Monday, February 18, 2008
MAQAM PARA KEKASIH ALLAH

Allah SWT berfirman kepada Nabi Musa Alaihisalam, Seorang kekasihku ditempat reruntuhan meninggal dunia. Wahai Musa , pergilah! Persiapkanlah kafan dan pemakamannya.

 

Musa Alaihisalam pergi kesana. Dia menyaksikan seorang yang telah mati Batu bata dibawah kepalanya dan sepotong kain menutupi auratnya. Nabi Musa sambil menangis berkata, Ya Allah , beginikah kekasihMu , lalu bagaimana dengan musuhMu?

 

Allah menjawab, Wahai Musa, demi kemuliaan dan keagungan serta kekuasaanKu , orang ini adalah salah seorang dari kekasihKu. Ketika dia bangkit  dari kubur, tidak ku biarkan langkah demi langkah selama dia tidak keluar dengan tanah dan kafan.

 

Musa Alaihisalam pergi menemui sekelompok kaum Bani Israil dan memanggil mereka untuk permakaman. Ketika kelompok itu datang ketempat reruntuhan, mereka tidak melihat seorang yang mati itu.

 

Musa Alaihisalam berkata, Ya Allah , kekasihMu yang mati itu, apa yang dialaminya? Apakah dia hanyut dalam tanah atau naik kelangit atau binatang-binatang buas telah memakannya?

 

Allah menjawab, Wahai Musa, apa yang kamu sangka terhadap para kekasihKu? Para kekasihKu tidak akan dimakan binatang buas, dan tidak akan tenggelam dalam bumi. Kekasih berada di dekat kekasih.

 

Nabi Musa Alaihisalam memandang ke langit dan menyaksikan dia disisi Tuhan semesta alam. Ini sesuai dengan ayat Quran yang bermaksud, Ditempat yang disenangi disisi Tuhan yang Maha Kuasa.    

 

Posted at Monday, February 18, 2008 by seridewi
Make a comment  

Next Page